TUGASAN

 TUGASAN 1: HURAIKAN MAKSUD SEJARAH MEDIA BARU DALAM KONTEKS PENGHASILAN KARYA SENI DIGITAL. PILIH SATU ATAU DUA MEDIUM BAGI MENYOKONG PENDAPAT ANDA





  Kata media berasal dari bahasa  latin yang bermaksud  sebagai perantara sebuah informasi dengan penerima informasi. New Media secara bahasa ialah “perantara baru”. Istilah New Media sebenarnya baru muncul di akhir abad ke 20, digunakan untuk menyebut media baruyang menggabungkan berbagai media konvensional di Internet. Teknologi yang digambarkan sebagai New Media mempunyai ciri digital, sering mempunyai karakteristik dimanipulasi, melalui jaringan, padat, kompresibel, interaktif dan tidak memihak.
Karya seni digital pula merujuk kepada sebarang hasil karya seni yang di hasilkan menggunakan perkakasan serta perisian komputer . contoh perisian computer dalam menhasilkan karya seni digital ialah adobe photoshop, adobe ilustrator, autodesk maya, adobe premier dan byk lagi karya seni yang di hasilkan antaranya fotografi digital dan pengolahan imej, digital art 2D dan 3D,animasi 2D dan 3D. Perbezaan  karya seni digital dengan karya seni tradisional ialah karya sini tradisional  dihasilkan secara manual tanpa bantuan alat computer contoh nya lukisan tangan potret monalisa oleh Leonardo da vinci.



Wujudnya media baru dalam penghasilan karya seni digital menjadikan penghasilan karya seni digital lebih kreatif,mudah dan berseni serta wujudnya kepelbagaian. Mempunyai kualiti yang tinggi juga lebih pantas sejajar dengan tuntutan keperluan kita pada masa kini terutamanya di dalam industri kreatif. Dahulu kita menggunakan peralatan manual untuk menghasilkan karya seni terutamanya lukisan tetapi sekarang dengan adanya media baru terhasilnya digital painting menggunakan media photoshop.
                         lukisan digital                                                                                            

     animasi  

       
Rujukan:

  • http://www.eocommunity.com/showthread.php?tid=12094
  • konsep, isu dan praktik grafik berkomputer.


TUGASAN 2: SUMBANGAN TEKNOLOGI APPLE KEPADA PENGHASILAN
                      KARYA SENI.



Teknologi apple telah di asaskan Steven Paul  atau lebih di kenali sebagai "Steve" Jobs (24 Februari 1955 – 5 Oktober 2011) beliau merupakan seorang  usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau juga pengasas  pengerusi, dan  CEO of Apple Inc semasa hayatnya. Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995).
Teknologi apple telah dibangunkan Jobs bersama Steve Wozniak iaitu pengasas bersama Apple, Mike Markkula, dan lain-lain Pada akhir 1970-an.penghasilan teknologi apple menekankan kepentingan reka bentuk serta memahami peranan penting yang dimainkan oleh estetika dalam menarik perhatian umum. kejayaan apple adalah  membangunkan, dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi  iaitu siri Apple II dan pada awal 1980-an, Jobs mencipta Macintosh.

sumbangan teknologi apple kepada dunia


                                                                                       
                               



sumbangan teknologi apple kepada penghasilan karya seni

  Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan , keseronokan dan kesenangan estetik . Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej dan pihak penerima mesej tersebut akan saling bersama menyempurnakan mesej – mesej yang disampaikan . karya seni yang di hasilkan menggunakan teknologi media baru di lihat sebagai satu inovasi baru dalam bidang seni.

     Sebelum wujudnya fotografi manusia merakam peristiwa dalam bentuk visual 2D seperti manuskrip, lukisan dinding, catan dinding dan seumpamanya. Contoh dalam lukisan dinding di pyramid mesir atau catan lanskap oleh Abdullah Arif (Ladang Kelapa ). Namun hari ini segala visual fotografi boleh di ambil dan di abadikan di dalam computer.Imac contohnya digunakan satu perkakasan computer yang bagus di gunakan bagi kerja-kerja bidang animasi. Terutamanya dalam bahagian suntingan dan rendering. Aplikasinya yang mudah berbanding pc lain terutamanya sewaktu memasukkan sesuatu program.

                                 

  Sebarang editing gambar, menggunakan software contohnya Final Cut Pro Photoshop adalah lebih lancar apabila menggunakan kumputer imac. Ini akan menyumbang kepada idea-idea seterusnya pengkarya. Computer apple juga sangat berguna dalam penghasilan grafik  Contohnya Macintosh merupakan sebuah komputer grafik pertama memberi perspektif baru bahawa keindahan seni dilakukan dengan indahnya dengan menggunakan teknik digital.
                        
                      


  Kemudahan itunes yang dilancarkan pada tahun 2003, ia merupakan kedai maya Apple yang menjual muzik, filem, dan program televisyen untuk computer, telefon serta peranti keluaran Apple.adanya itunes ini kita boleh mencari apa sahaja lagu, filem dan rancangan televisyen yang kita inginkan dengan pantas. Ini dapat memudahkan pengguna di samping pengkarya seni tanah air menjana pendapatan mereka dari sudut ini.

  Ipad adalah yang terkini apa yang menarik  terdapat AudioNote membolehkan seseorang tidak ketinggalan ketika mencatat minit mesyuarat kerana suara setiap orang akan dirakam sehingga tamat. GarageBand pula memudahkan ahli muzik menghasilkan lagu walaupun tanpa instrumen yang lengkap.






TUGASAN 3: Huraikan tentang kesan penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi idea, rekaan, tiruan dan hakmilik cipta.




   Media membawa maksud sebarang alat perantaraan untuk menyampaikan mesej kepada pengguna.penggunaan media baru hari ini di lihat lebih memudahkan pennguna, membantu pengkarya seni dalam menghasilkan karya yang lebih bermutu serta berkesan.


     
Kesan penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi idea


    Sesuatu idea untuk menghasilkan sesebuah karya di curahkan dalam bentuk karya seni sama ada bersifat 2D mahupun 3D.contohnya internet, kita boleh melayari internet dan mencari apa sahaja maklumat yang di perlukan.hanya dengan menekan sahaja papan kekunci seolah-olah dunia hari ini di hujung jari sahaja.tidak perlu pergi ke tempat-tempat untuk mengetahui apa yang terjadi ataupun mencari buku-buku untuk di jadikan rujukan.contohnya untuk mengetahui tentang wau bulan di Kelantan untuk tujuan mencari idea bagi menghasilakan lukisan wau bulan. Kita hanya perlu berada di depan computer sahaja untuk mencari maklumat tersebut.




        Kemudahan seperti facebook yang sangat popular hari ini menjadi satu landasan untuk berhubung dan berkongsi maklumat penting. Adakalanya dengan hanya menggunakan facebook ada idea yang di perolehi. Ramai yang mencipta pelbagai laman di facebook yang berguna. Yang paling ketara adalah kumpulan. Dimana dalam kumpulan di facebook ini lah pelbagai idea di kongsi dan di bincangkan bersama. Seperti sekarang dalam pembelajaran untuk subjek sejarah media baru di universiti Malaysia Kelantan,lah satu tugasan wajib pelajar untuk mendapat markah adalah menahasilkan blog bagi tujuan pembelajaran. Dari sini apa yang di kirimkan di dalam blog menjadi idea baru  yang cuba disampaikan dan dikongsi oleh pelayar blog lain.





Muncul program yang baru untuk teknik dalam penghasilan filem contohnya SGI menghasilkan idea filem yang baru dan bermutu. Contohnya teknik SGI kali pertama di gunakan oleh sayarikat KRU production untuk filem hikayat merong mahawangsa. Idea yang di perolehi dalam filem tesebut di bantu dengan adanya media baru dalam teknologi penghasilan. Begitu juga penghasilam muzik tanah air.






Kesan penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi rekaan.

Kemudahan web browser seperti google chrome, internet explore, mozila, opera dan sebagainya menjadi medium menyumbang kepada rekaan yang pelbagai untuk kemudahan kita pada hari ini.maklumat yang ada dan gambar-gambar di internet membantu pereka-pereka mendapat idea dan mereka cipta sesuatu yang baru seterusnya menyelesaikan masalah dan memberi manfaat kepada pengguna.kesannya produk yang di hasilkan ergonomic dan karya yang terhasil bernilai estetik mampu di tafsir dan di hargai. Dari segi penghasilan karya seni contohnya pelukis mereka dapat melihat karya-karya pelukis lain untuk di jadikan rujukan bagi menghasilkan karya. Begitu juga karya seni lain. Adobe Photoshop di gunakan untuk menghasilkan grafik yang berkesan contohnya poster yang mampu menarik orang untuk melihat serta mesej yang ingin disampaikan jelas.



Kesan penggunaan media baru dalam penghasilan karya seni dari segi tiruan dan hak milik cipta.

Karya juga dihasilkan dengan peniruan tidak kiralah peniruan dari segi gaya, bentuk, jenis dan sebagainya. Contohnya hari ini menggunakan adobe ilustrator kita dapat menghasilkan digital painting atau dalam bahasa melayunya lukisan digital.karya ini di hasilkan dengan teknik meniru semula karya asal.kesannya terhasil karya yang sama tetapi mengalami sedikit perubahan.karya yang dirujuk tersebut tidak akan lapuk dan di ingati sepanjang masa oleh generasi akan datang. Dari segi hak milik cipta meskipun di ambil dan ditiru semula ia tidak terjejas kerana pengkarya yang menghasilkan karya yang serupa tidak akan seratus peratus sama dengan karya asal.





        Karya lama yang ditiru semula mungkin lebih baik dan orang akan lebih memahami karya tersebut melalui karya baru hasil dari peniruaan. Media baru yang wujud menjadi contoh dan ditiru reka ciptanya oleh syarikat yang cuba mendapat keuntungan. Namun apabila sesuatu inovasi dalam teknologi ianya merupakan satu titik permulaan kepada teknologi seterusnya. Contohnya banyak syarikat yang berlumba-lumba meniru teknologi yang di hasilkan oleh syarikat apple namun hingga ke hari ini produk apple tiada tandingan dari segi kualiti produk. Ini kerana hak milik ciptanya yang dilindungi. Pengguna dapat menilai apa yang terbaik dan member kepuasan untuk berkarya.



TUGASAN 4: PILIH DUA MEDIUM DALAM TEKNOLOGI MEDIA BARU YANG ANDA MINATI DALAM PENGHASILAN KARYA SENI


   Sesebuah karya seni terhasil secara manual dan juga karya yang menggunakan  medium perisian komputer. Wujudnya media baru memberi peluang kepada pengkarya dalam menghasilkan karya-karya yang lebih kreatif dan bermutu. Pelbagai media baru wujud pada hari ini contohnya Internet & Web  Personal Komputer ,DVDs (Digital Versatile Disc or Digital Video Disc) ,VCDs (Compact Discs),Portable Media Player ,Mobile Phone, Video Game/ Game Computer, Virtual Reality. Apa yang paling saya tertarik adalah ipad dan wordpres.


IPAD


        Sumbangan teknologi apple terkini yang sangat menarik adalah ipad.saya meminati ipad dari segi reka bentuk dan fungsi di dalamnya. Ianya senang di bawa kemana-mana walaupun kelihatan kecil namun ia sangat berguna kepada kita di mana sahaja.teknologi sentuhan skrinnya seakan ciri telefon begitu mudah. Tidak rasa kekok seakan menaip di atas papan kekunci. Meskipun saya belum memiliki ipad saya amat tetarik dengan cirri ipad yang mempunyai keupayaan grafiknyaPelbagai aplikasi percuma dan berbayar boleh dimuat turun menerusi AppStore. Contohnya, aplikasi berbentuk kewangan, perubatan, berita, permainan video, utiliti, muzik, produktiviti dan sebagainya. Hingga hari ini, terdapat lebih 65,000 aplikasi khusus untuk iPad. Selain itu apa yang saya suka tentang ipad adalah jangka hayat untuk baterinya bertahan adalah selama 10 jam berbanding dengan laptop yang hanya bertahan sekejap sahaja baterinya.







 WORDPRESS


        Satu lagi media baru yang saya minati adalah wordpress. Wordpress adalah aplikasi web yang dapat membuat blog atau website. Pada ketika ini wordpress sangat popular dan di gunakan oleh blog-blog yang ada kerana kaedah menggunakannya sangat senang. Antara kelebihan wordpress yang saya suka ialah kita mempunyai pemilikan penuh ke atas isi kandungan yang kita buat berbeza dengan blogspot kita di bawah kawalan admin blogspot. Adakala kandungan yang ada dalam blog boleh di sekat. Istimewanya wordpress adanya pelindungan data. Di wordpress kita juga blog memuat naik apa sahaja fail tanpa batasan. Wordpress mempunya lebih daripada 10k plugin. Plugin di dalam blogspot dikenali sebagai widget dan ianya terhad. Kelemahan widget ini tiada sokongan melainkan widget yang di buat oleh blogger development team. Di wordpress sangat mudah kerana tetapan untuk plug in pun tidak lah sukar.










PAPAN GRAFIK

   sumbangan yang besar untuk penghasilan karya seni adalah papan grafik. kaedah melukis di atas tablet yang di letakkan di atas meja yang mana lukisan terhasil di dalam komputer seakan lukisan tangan sendiri.ini memudahkan pelukisan untuk melukis. saya meminati papan grafik ini kerana reka bentuk dan ke unikannya. walau pun ringkas dan nipis tapi hasil penggunaannya memuaskan.tablet berjenama intuos dan bamboo adalah yang paling popular.




bamboo


intuos













No comments:

Post a Comment