MEDIA
Sejarah media bermula di Malaysia dengan pengeluaran surat khabar sebelum merdeka lagi juga Rencan-rencana yang ditulis oleh Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Abdul Rahim Kajai, selepas itu muncul pula Siaran radio dan televisyen tempatan Malaysia siaran radio dan televisyen dari Singapura, Indonesia dan Thailand boleh dinikmati oleh penduduk di Johor dan utara Semenanjung Malaysia sejak tahun 1980-an. Penduduk negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki satelit parabola bersaiz kecil pula boleh mendapatkan siaran dari Indonesia dan Filipina.
Era Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyaksikan syarikat Binariang yang dipengerusikan oleh Tun muhamed Hanif Omar telah melancarkan satelit ke angkasa lepas bagi melancarkan siaran Astro. Dengan ini sistem langit terbuka yang diwarwarkan tidak sepenuhnya terbuka, tetapi dikawal melalui siaran satelit Astro. Semua negara di dunia juga setuju sistem langit terbuka perlu dikawal dan dipantau.
Era 1990-an menyaksikan Malaysia berhadapan dengan isu globalisasi atau dunia tanpa sempadan apabila munculnya internet dengan kemudahan laman web, e-mel, telefon internet, chit chat dan sekarang blog. Pada peringkat awal kerajaan Malaysia menggalakkan rakyat menggunakan internet dan membekalkan komputer di sekolah-sekolah. Guru-guru Sains dan Matematik dilengkapkan dengan sebuah komputer agar mereka mudah mencapai internet dan melaksanakan P&P menggunakan komputer. Kafe siber tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan tahap kelajuan internet semakin baik melalui Streamyx dan lain-lain.
MEDIA BARU
Kata media berasal dari bahasa latin yang bermaksud sebagai perantara sebuah informasi dengan penerima informasi. New Media secara bahasa ialah “perantara baru”. Istilah New Media sebenarnya baru muncul di akhir abad ke 20, digunakan untuk menyebut media baru yang menggabungkan berbagai media konvensional di Internet. Teknologi yang digambarkan sebagai New Media mempunyai ciri digital, sering mempunyai karakteristik dimanipulasi, melalui jaringan, padat, kompresibel, interaktif dan tidak memihak.
Beberapa contoh media baru :
- Internet & Web
- Personal Komputer
- DVDs (Digital Versatile Disc or Digital Video Disc)
- VCDs (Compact Discs)
- Portable Media Player
- Mobile Phone
- Video Game/ Game Computer
- Virtual Reality
No comments:
Post a Comment